Ulasan – FiiO LC BT-2 Peranti Kabel Bluetooth Hi-Res

Pastinya mereka yang ingin mendengar muzik sambil bersukan mampu memanfaatkan LC BT-2 ini sepenuhnya, mereka tidak perlu risau IEM tercabut atau tertanggal dari telinga, terjatuh dan hilang dan tidak perlu risau gangguan hubungan bluetooth kerana sepanjang ujian saya, tidak pernah walau sekali jalur bluetooth BT-2 ini terputus semasa penggunaan.

Mereka yang mahukan fungsi bluetooth pada IEM kegemaran mereka juga boleh memilih BT-2 sebagai peranti pilihan mereka. Seperti yang saya beritahu di atas, BT-2 ini datang dengan dua pilihan penyambung iaitu connector MMCX ataupun 0.78 2 pin connector. Dengan BT-2 ini anda tidak perlu melupakan IEM hebat anda kerana kini anda boleh menikmati kebaikan hubungan bluetooth disamping audio signature dari IEM kesayangan anda!

Dengan tanda harga RM389 dan juga spesifikasi mantap yang ada pada FiiO LC BT-2, anda tidak akan menyesal dan akan rasa berbaloi membuat pembelian BTR3K ini. Kami akhiri ulasan ini dengan memberi 4 bintang pada LC BT-2. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca ulasan kali ini. Terima kasih lagi sekali pada FiiO Malaysia dan Red Ape -Headphone Store kerana sudi menaja FiiO LC BT-2 pada AudioMonsta.

 

--------------------------------------------

Author: Che Ezi; From: audiomonsta.com

Head over to the site to continue the reading: >> Click here

13

 

Views:0
Collection